Feb 01, 2026 - FASSelangor FC akan ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak bagi perlawanan ke-17 saingan Liga Super 2025/26 menentang Terengganu FC hari ini jam 9 malam.
Dalam lima perlawanan terakhir menentang Sang Penyu, skuad Gergasi Merah telah memenangi empat perlawanan; Liga Super 2025/26 Home, Liga Super 2024/25 Home dan Away serta Piala FA 2024/25 dengan 19 jaringan secara keseluruhan.
Skuad Gergasi Merah buat masa ini berada di kedudukan tempat ketiga Liga Super 2025/26 selepas mengumpul 31 mata daripada 15 perlawanan, hasil daripada 10 kemenangan, satu seri dan empat kekalahan, selain menjaringkan 33 gol.
Menurut Kim Pan-gon, Ketua Jurulatih Selangor FC berharap para pemain akan berusaha untuk mengekalkan corak permainan Gergasi Merah, “Saya berharap para pemain lebih bermotivasi dan saya yakin mereka akan berjuang dengan baik untuk perlawanan pada malam ini. Kita perlu mengekalkan corak permainan dan budaya kita di Selangor FC. Pasukan akan berusaha sedaya upaya untuk berikan yang terbaik untuk para penyokong.”
Pihak pengurusan Selangor FC yakin pasukan akan berikan yang terbaik dalam perlawanan menentang Sang Penyu malam ini. Ayuh, Merah Kuningku!
Demi Kebanggaan!